Thursday, August 26, 2010

TOLONG.

maaf tiada pendahuluan untuk diterangkan pada saat ini.kerana aku mahu dipercepatkan cerita.

begini,


aku semput.aku sedang marah.aku bernafas kencang.aku tidak boleh mengawal.aku menumbuk dinding.terasa hampir pecah tulang buku lima ini.berdarah.


itu sahaja.

ada lagi berat.

bukan senang menjadi lelaki.itu kata-kata biasa yang semua lelaki akan berkata termasuk lah diri aku.ya! memang aku maksud kan.bukan senang jadi lelaki.lelaki dikategorikan dalam pelbagai jenis.aku dikategorikan dlm lelaki jenis memegang.aku memegang amanah yang sangat berat.dulu,tidak pernah terfikir pasal ini semua.hanya keselesaan diri menjadi benda utama.benda penting dalam hidup.kini, haish..amanah.berat.sangat berat.

sudah 18 tahun sekarang.menjadi dewasa adalah satu cabaran bagi aku dan semua.ketegangan minda semakin menjadi.nafsu,emosi.semua berubah.teringat lagi masa kecil.menjadi permainan minda pada masa sekarang.tersengih merdu sahaja.kau apa tahu.kisah hidup aku.menjadi liku sepanjang masa.kau apa tahu. tersengih lagi. kenyataannya bukan aku gila.tetapi permainan minda menjadi kan aku tersenyum. indah atau tidak. itu bukan persoalan. aku yang mencipta semua cerita aku.

sudah besar aku ni.tak sangka. sah !.pasti ibu bapa aku juga berkata dan mengucap perkataan yang sama. sebentar. aku sedih. jangan tanya kenapa. itu emosi. sering kali berlaku jika aku begini.

senangkan mengeluh jika begini.mudah saje.hanye sebut haishhh.panjang nyee.aku mengeluh sebab aku memikul benda berat.bukan mengeluh apa.aku mengeluh kerana khuatir aku tak mampu lakukan.aku seorang lelaki.bakal menjadi ketua rumah suatu hari nanti.aku harus memegang tanggungjawab ini.aku harus mencapai matlamat apa yang telah ditentukan oleh kedua ibu bapa ku.iaitu.

BELAJAR


aku takut.walaupun dalam keadaan sekarang aku baru bermula.aku cuma takut.besar sungguh amanah.berat kan.aku tak berani nk menerima amanah lagi.jangan bagi.aku tak mahu.

itu sahaja.

Tuesday, August 3, 2010

Lelaki Perokok.

ada satu masa,bila aku berhadapan dengan penat.bukan penat biasa.bukan penat fizikal.tapi penat mental.bila satu masa aku melepak bersama kawan kawan.melihat mereka mengeluarkan asap dan juga mnyedut dan mengeluar dan menyedut berulang ulang kali.aku mula terfikir apakah benda ini penting untuk seorang lelaki.jawapan untuk pertama kalinya aku pangkah !.bila kali kedua aku keluar lagi bersama kawan kawan dan melihat mereka mengulangi perkara yang sama.aku bertanya pada diriku sekali lagi.adakah benda ini penting untuk seorang lelaki atau lebih kepada diriku sendiri.jawapan yang sama aku bagi.aku pangkah !..bila satu masa,aku bergaduh bersama kekasih.berasa penat untuk memikirkan masalah yang setimbun dan mungkin akan bertimbun dan bertimbun lagi.kali ke tiga aku keluar melepak bersama kawan-kawan.mereka mengulangi benda yang sama.berulang sehingga mereka penat berbuat demikian.kali ini aku bertanya.apa bestnya sedut hembus sedut hembus.mereka memberi jawapan yang mungkin tidak masuk akal bagi aku.kerana mungkin aku tak merasakan pada masa itu.bila mereka suruh aku mencuba.pada mulanya aku tidak mahu.sekeras tidak mahu.tapi mereka berkata.ini menjanjikan kenikmatan bila sekali sedut atau mungkin bnyk kali.aku mencuba dengan perlahan.sedut.batuk !.aku malu mereka ketawa.mereka berkata biasalah tu.mula2 memang macam tu.virgin lagi.dengan sifat yang tidak mahu kalah aku membuak2.aku cuba skali lagi.hisap dan masih batuk.masa itu aku dah rasa pening sedikit.ingin muntah pun ada.pada masa itu juga aku merasakan masalah yang bertimbun tu mula rasa rapuh dalam minda.kali ini bila aku bertanya.penting ke benda ini untuk lelaki.aku akan menjawab ya !.mungkin bodoh.maklumlah,nk dikirakan benda ini merosakkan organ dalaman badan.nk ikot kan saintifik segala,memang benda ini merosakkan fizikal kita.tapi mental kita berkurang penat.ini untuk jangka masa yang pendek.aku tahu aku memang tak boleh berlawan dengan fakta yang menyatakan benda ini tidak bagus.ya memang mengaku.tapi ini je cara yang boleh buat aku rasa mula melupakan segalanya.sehingga lah sekarang.aku sudah menjadi perokok tegar.pada mulanya aku akan menghisap bila perlu sahaja.maksudnya bila dalam keadaan tertekan.aku akan mula membakar tembakau tersebut dan mula menyedutnya perlahan lahan dan hembus.


persoalan,sampai bila aku mahu benda ini berterusan.bila difikirkan balik.sebelum aku mulakan.keadaan memang teruk.bila dah mula terjebak.kadang2 teruk kadang2 okay.kini,aku mencari jalan lain untuk mnyelesaikan masalah yang bertimbun dan mungkin akan bertimbun timbun lagi nanti.pada mulanya memang menyalah kan kekasih kerana membuat aku tertekan sebegini.tidak memikirkan bersama masalah kami.menjadi satu kebingungan bagi aku untuk menyelesaikan masalah ini.ikut kan aku biar kan aje ape yang berlaku antara kami.disebabkan hati dan perasaan terlalu kuat.terlalu merah menyangi si dia.aku memikirkan seorang.sekarang aku tertanya tanya.baru sbentar aku berkata disebabkan hati dan perasaan terlalu kuat.terlalu merah menyangi si dia.aku memikirkan seorang.jika dia tidak memikirkan masalah kami.bermakna hati dia tidak lah semerah hati aku.pandangan yang senang untuk dilihat kan.well,itu masalahnya.sekarang aku tidak lagi menyalahkan dia kerana aku sudah pun mengambil tembakau bila perlu dan tidak.macam sentiasa ingin benda itu.sekarang baru aku faham kenapa lelaki merokok.mungkin tidak keseluruhan mempunyai masalah sama dengan aku.sesetengahnya mungkin ingin menampak gah bila merokok.bagi aku kan.gah banyak cara.tidak perlu lah nak merosakkan diri.lagipun sampai bila nk bertahan jadi gah.sampai dah kelangit tak turun2 baru nk berhenti ke ?atau sampai dah temu ajal.baru masa tu nk cakap aku taknak jadi gah lagi.begitu ?sudah lah,diri sendiri pun tak betul lagi.tak perlulah nk membangkitkan satu isu untuk orang lain pulak.masa ini mungkin aku mengutuk orang.tak tahu mungkin orang disebelah mahupun di belakang.sedang mengutuk aku juga.kan kan.aku ingin membuat pengakuan disini.aku dah menjadi perokok tegar dan berazam untuk masa depan,keluarga dan orang yang tersayang.aku ingin BERHENTI !.sila berikan aku sedikit kekuatan untuk ini.terutama sekali orang yang selalu melayan.kerana dalam masa yang sama mungkin dia boleh memberi support kepada aku.harap2 begitu la.
itu sahaja.