Saturday, June 5, 2010

Sang 2

Sang Teman.
rupanya tidak lama kau singgah.
rupanya kau tidak kekal
tidak seperti yang aku pinta.
tidak seperti yang aku bayangkan.
kau harus pergi.

Sang Teman.
kini jiwa aku kembali kosong
kosong tanpa isi hati mu.
tanpa segala corak lagi.
kau sudah merampasnya kembali.
kau sudah letih melukis.

Sang Teman.
aku keseorangan lagi.
aku ingin kau tahu.
aku bahagia hingga saat kau pergi.
aku derita bila kau tiada.
rupanya ini yang kau mahu aku faham.
kali ini aku tidak mengerti.
siapa lagi yang aku perlukan.
tanpa kau disisi.


Sang Teman.
aku menunggu kau hadir sekali lagi.
tidak ku tahu bilakah itu.
aku hanya berharap.
mungkin sampai ke tua.
mungkin.
aku berjanji.
aku setia menunggu.

itu sahaja.

2 comments:

Husna Ali said...

just so you know, you are still in my heart. still near to me. andddddddddddddd and if you really want me, you'll wait for me. i miss you faiz :(

Paishx said...

well if just that a choice to me.
i will take it.
so i will wait for you.
and i miss you too