Wednesday, December 8, 2010

kawan kawan.

apa lagi kawan ? apa memang aku ni nasib malang ke ?

kawan? haish. aku tidak punya ramai kawan. bila aku punya kawan. mesti kawan itu bertukar menjadi musuh. apa lah nasib. kadang2 tertanya tanya pada diri sendiri. adakah aku yang bersalah atau mereka. adakah aku ini terlalu ego dengan diri sendiri. terlalu bongkak dengan apa yang aku ada walaupun tidak seberapa.

cuti semester nak habis dah. aku pulak sedang seboko dengan kawan yang bakal akan tinggal satu rumah dengan aku bila naik.

oh ya ! nak bagitahu yang aku sudah pun menyewa satu rumah apartment yang di panggil casa prima. hanya 4 minit dari tempat aku belajar. belakang UiTM permatang pauh sahaja.

begini,
aku bukan apa. bukan nak mengaib kan orang atau apa. ini blog terbuka untuk aku kongsi kan kepada sesiapa sahaja. aku ni jenis yang suka kan privacy. suka kan suasana tenang. sukakan keadaan yang terkawal. bukan jenis yang sebaliknya.tapi apa yang bakal aku hadapi akan datang ini berubah apabila aku mula dapat tahu yang rumah kami akan ditambah lagi dengan 2 orang budak kelas aku. jadi jumlah satu rumah tu bertukar menjadi 2 angka iaitu 10.

bukan aku benci dengan kawan2 yang akan duduk serumah dengan aku nanti tapi aku tak suka ramai2 dalam rumah. tak kesah la kau tu siapa pun. cuma aku tak suka. mungkin aku dengan kawan2 berbeza pendapat. mungkin aku tak serasi dengan kawan-kawan.maaf, aku ingin beritahu yang aku ini ada sifat panas baran. kurang sabar. bila aku tidak suka sesuatu. aku akan sebutkan. aku akan luahkan. biar kehendak aku dipenuhi.

lagi satu, disebabkan aku juga sebahagian daripada ahli dalam rumah itu. aku patut diberitahu dahulu sebelum buat keputusan. bukan apa. bukan kau seorang yang akan duduk dalam rumah tu. mana tahu ada hati yang tak selesa dengan susana macam tu. sepatutnya aku diberitahu terlebih dahulu. berbincang ramai2. aku suka kan tempat yang baru ini. aku memang nak pun. tapiii !. tolonglah. aku datang dari jauh untuk menuntut ilmu. tolong lah. ini sahaja peluang yang aku ada.

maaf, aku sudah berubah fikiran yang aku akan mohon untuk duduk didalam kolej. aku mahukan privacy. aku kurang selesa bila beramai ramai. kita duduk dengan tangungan mak bapak. bukan dengan duit kerja sendiri. aku takut akan ada salah faham antara kawan. sejujurnya aku minta maaf jikalau salah seorang daripada ahli rumah kita terbaca akan entri ini.sekerasnya aku akan memohon untuk duduk dalam kolej. biarlah ada sedikit kekurangan asalkan aku selesa. sekali lagi aku minta maaf.

p/s: aku bukan ingin mencari musuh. sila faham. terima kasih.

2 comments:

aMeR e-JaT said...

duk dalam je cam aku..
bru best..
:P

Paishx said...

tengah cuba la ni T_T