Saturday, December 4, 2010

sejenak berfikir.

tarik nafas panjang. hembus. macam hisap rokok je. bukan. uDARA, itu yang aku sedut. yang aku bernafas. mesti tertanya tanya. apa lagi kali ini kan.

1st of all. sorry lame menghilang. walaupun aku tak penting mana bagi korang. tidak mengapa. saja nak bangga diri macam ramai peminat T_T.

hampir 3 minggu sudah aku bercuti.ade lagi 5 mgu lagi mungkin sebelum aku berpindah balik ke pulau pinang. bosan. selalu je aku sebut perkataan bosan pada my Abah. pastinya dia akan membalas balik dengan apa sahaja jawapan yg terlintas mungkin dari kepalanya. jawapan yang aku sendiri akan tergelak seperti " kau pergi lah main bola kat padang depan tu. " tak pun " kau pergi lah carik kawan kawan kat lua tu. kawan kau mana ? " jawapan yang selalu sahaja aku dengar apabila aku bilang bosan pada dia T_T. aku tak ramai kawan. tak macam kau orang. kawan dalam internet bersepah. tapi hanya untuk berborak. bukan ape sangat. alah abai kan je la. tiap2 malam aku sendiri seperti berdiri di ruang yang sempit. tercongok patung mati. atau bulan yang bercahaya kelam. apa sahaja ungkapan untuk aku.

jadi, pada masa2 sebegini lah aku sejenak berfikir akan aku. akan kejadian aku. akan apa sahaja yang berlaku pada aku. memang takdir. tidak salah. atau aku sendiri yang tidak tahu bagaimana nk berkawan. persoalannya. macam mana aku nk tahu antara itu takdir ataupun itu salah aku. alah,tiada kawan apa la sangat. masih ada ibu bapa. masih ada adik beradik. masih lagi mempunyai orang yang tersayang.. itu lah, tak percaya yang aku tidak punya kawan yang ramai. boleh dikira dengan hanya sebelah tangan sahaja angkanya. atau mungkin bawah lagi. tidak tahu la. apa lah aku ni. tolong lah bantu aku. bukan menagih simpati atau apa sahaja.

bukan itu sahaja. banyak lagi aku fikir. tentang kebolehan aku. bukan nk bermegah atau menunjuk. pastinya kau orang juga ada kebolehan tersendiri. aku juga. aku meniliti sendiri. apa yang aku mampu. aku hanya mampu BERFIKIR !. mampu menjadi fikiran orang lain. faham tak ? aku seperti tahu apa yang orang lain fikir kan. bukan semua tepat. tak cakap ini semua tepat. mungkin ada dalam 63% tepat. selebihnya hanya lah palsu. mungkin. itu sebabnya aku tiada kawan. 1 sebab aku dah jumpa sendiri. see, aku hanya mampu berfikir. menerangkan memang payah bagi aku. cakap apa sahaja. tanya aku apa sahaja. pasti aku yakin atau tidak yakin sahaja menjawabnya. even benda ada dalam kepala. tapi nak bercakap itu yang "payah". itu juga mungkin 1 lagi punca aku tidak punya kawan. sebab aku pendiam mungkin T_T. terlalu diam untuk bersuara tentang apa sahaja. kerana aku fikir aku seorang sahaja yang betul T_T. maaf, otak dah terlalu infected by rumors virus. alah aku ni tahu cakap benda yang tak best je. kenapa la kan. itu juga sebab aku bosan mungkin T_T.

next, apa lagi kalau bukan pasal "AWEK" aha. tidak sah kan kalau tak fikir. gatal,fikir sudah pasal masa depan. berangan nak kawin itu ini. spender pun tak mampu nak beli ade hati nk fikir pasal kawin. awak,awak tu nanti dah besar nk kena tanggung anak orang. bukan main pondok2 lagi dah. bukan duduk nk main texting dah.awak ingat sikit. haish. awek, kenapa lah engkau buat aku terfikir pasal kau. kadang2 benda yang menyayat je aku fikir kan. bila bercakap sekarang nie masih terfikir jugak. hahah pelik kan aku ni. alahai. mungkin aku bukan jenis yang patut ada awek kot. dia lawa, dia pandai, dia peramah, sangat peramah, dia ramai kawan, dia bebas, dia tinggi, dia orang yang berkedudukan. haish aku ni pulak. macam boleh dikatakan mat despatch je. biasalah. yang buruk tu aku sahaja T_T.

last sekali after aku dah mentelaah dan habis berfikir pasal diri. nak tahu ape akan jadi pada aku. sering kali akan terjadi. aku depress. dan sekarang ini pun sedang depress. saja nk kongsi. oklah. mahu mencari kayu untuk dipatahkan. bye.

p/s: kadang2 hati ni bukan untuk di jadikan hiasan. malah harus ditonjolkan. aku hati erm... hati bisu mungkin.

3 comments:

Husna Ali said...

awak baik, awak manje, awak gedik, awak tak marah marah, awak romantik, awak bakal chef, awak lain, awak pandai jaga hati, awak tak curang, awak sayang saya, awak ade impian, awak tak putus asa, awak sanggup bersusah susah untuk orang yang awak saya-family mostly, awak ade sense of humour, awak okay, awak rajin naik tangge rumah saya yang bertingkat-tingkat Zzz, awak cukup lah untuk saya.

Love you faiz :')

Paishx said...

love you too syg.
i'll make another entry just about u.very soon.

Husna Ali said...

oh really? oooookay :*)